Antara sunnah menyambut kelahiran anak adalah dengan memberi nama yang baik-baik. Kerana apa? Kerana nama itu adalah doa.
Para 'alim Ulama' pernah berkata,"Kuniyah" atau nama panggilan/gelaran juga akan mendatangkan kesan yang besar kepada empunya nama. Sebab itulah kita kena elakkan diri daripada memanggil sesiapa sahaja (terutamanya anak-anak kita) dengan nama panggilan yang bermaksud tidak elok atau langsung tiada maksud. Contoh, nama diberi "MUHAMMAD", tapi dipanggil dengan gelaran "MAT". Kalau disemak di dalam kamus Bahasa Arab, "MAT" ertinya "MATI" Aduhai..bayangkan bila si ibu & ayah yang memanggil anaknya yang bernama Muhammad itu dengan gelaran Mat, maka secara tak langsung mereka mendoakan anak mereka MATI!! Wana'udzubillahimindzaalik!!
Banyak Hadith Nabi membincangkan isu nama ini. Antaranya, sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan an-Nasa'ie, daripada Abu Wahb al-Jusyami r.a bahawa Nabi SAW bersabda, "Namakan anak-anakmu dengan nama-nama para nabi. Sedangkan nama yang paling disukai oleh Allah adalah 'Abdullah' dan 'Abdurrahman', dan nama yang paling benar adalah 'Harith' dan 'Hammam', sedangkan nama yang paling buruk adalah 'Harb' dan 'Murrah'.."
Berbekalkan ilmu yang sedikit ini, maka Mami dan Abi bersepakat menamakan anakanda kami yang pertama ini dengan nama MUHAMMAD NIDHAL HAZIQ yang membawa maksud YANG TERPUJI, PERJUANGAN PINTAR/BIJAKSANA. Semoga nama yang dipilih ini menjadi doa dan harapan kami berdua untuk melihat Haziq menjadi seorang pejuang agama yang bijak pandai..in sya Allah..


Kami juga turut mencukur licin rambut Haziq pada hari ke-7 demi meraikan sunnah Nabi SAW. Ini adalah simbolik kepada permulaan kehidupan Haziq sebagai manusia dan
hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baru yang
lebih sihat. Tetapi, ada seperkara yang kami terlepas pandang. Rambut Haziq sepatutnya dikumpulkan, ditimbang dan disedekahkan kepada fakir miskin nilai perak seberat timbangan rambutnya. Ntah macam mana kami boleh terlupakan hal ini. Iyelah, masa Haziq dibotakkan, Mami sedang berurut. Abi pulak sibuk buat itu ini. Akhirnya terlupa. Jujurnya Mami rasa ralat sangat. Tapi perkara dah berlaku, dah tak boleh nak ubah. Pasrah sajalah. Insya Allah untuk MNH#2 dan seterusnya nanti akan ditebus rasa ralat ini..
![]() |
| Haziq sebelum dibotakkan. Lebat rambutnya, hitam berkilat!! |
![]() |
| Opah & Atok sedang 'memproses' kepala Haziq..lena sepanjang sesi pembotakan |
![]() |
| Dah botak!!! Muka 'baby girl' tetap tak hilang!! |
Ini hanya sebahagian perkara sunnah yang kami lakukan sempena kelahiran Haziq hari ke-7. Aqiqah kami terpaksa tangguhkan atas sebab-sebab yang tertentu. Sungguhpun terlewat, Alhamdulillah kami dapat sempurnakan Aqiqah untuk Haziq pada usianya 9 bulan, pada Hari Raya Korban tahun itu.
Satu lagi sunnah yang tertangguh sehingga kini...BERKHATAN.. ni kena tunggu Haziq besar sikitlah alang-alang dah tak khatankan dia awal-awal lepas lahir.



No comments:
Post a Comment